Saturday, July 02, 2011

RAMADHAN Mubarak - Kembali lagi





Yeaayyy...RAMADHAN datang lagi. 

Insya-Allah jika diizinkan ALLAH S.W.T bulan yang mulia dan istimewa ini akan datang menemui kita pada 01 August 2011 tahun ini (that is less than a month...). Ini juga merupakan peluang keemasan bagi kita umat Islam untuk merebut peluang dalam menambah amal ibadah. Pada sesaper yang masih belum mengganti puasa tuh, cepat2 ler ganti yer :)


Bila sebut tentang RAMADHAN, perkara pertama yang akan muncul di fikiran ialah Pasar RAMADHAN a.k.a PARAM. Hundreds of types of foods are available at PARAMs. Saya sendiri pun bukan selalu berkesempatan untuk pergi ke PARAMs. Tapi yang paling saya suka ialah Murtabak daging...memang besttt!!!

Murtabak Daging...owhhh sedap nyer

Macam2 ada...sediakan duit nyer jer  :)

Bila menjelang RAMADHAN juga akan bermula lar SALE Marathon. Waktu inilah semua tempat akan SALE. Manusia akan berduyun-duyun untuk shopping sakan sebagai persiapan untuk menyambut SYAWAL pula. RAMADHAN tahun lepas kalau tak silap ada makcik yang pengsan ketika sedang asyik bershopping di Jalan Masjid India (naper? tak percaya? betul lar...tak tipu)

Part yang paling di tunggu-tunggu oleh Faris and Farisha ialah waktu untuk shopping baju raya diorang. Selalu nyer juga pada waktu SALES inilah kami akan membeli keperluan Raya dan juga pakaian harian budak-budak. Malas nak membeli selalu. Lagi pun kids growing up very fast. Kejap jer kang dah tak muat nak pakai...lebih jimat dan elakkan pembaziran :)

Shop till you drop...hohoho

Dan pada waktu ini juga lah orang telah mula membuat order kuih Raya (termasuk ler saya..hehehee). Di shopping complexes juga telah mula terpampang susunan kuih Raya yang berbagai jenis dan rupa (kekadang tuh rasa macam sama jer tapi rupa dan color lain-lain...haihhhh)


kuih wajib pada setiap Raya

Apa-apa pun...berbelanja lah sebaik nyer (peringatan untuk diri saya juga yang amat suka bershopping..) Jangan lupa kunci jam untuk bangun sahur plak sebab hari pertama Puasa adalah hari yang paling mencabar minda dan naluri...heheheee




  hiemash

No comments: