Wednesday, October 05, 2011

Public Mutual : Apakah Skim Pelaburan Ahli EPF dan Manfaatnya?










Apakah Skim Pelaburan Ahli KWSP?


Skim ini membenarkan ahli-ahli KWSP untuk melabur 20% daripada baki yang melebihi Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1 melalui syarikat pengurusan unit amanah yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.


Manfaat / Kelebihan melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP:


Tidak Memerlukan Pelaburan Tunai
Pelaburan diurusniaga terus daripada Akaun 1 KWSP anda.


Kepelbagaian
Peluang untuk mempelbagaikan wang persaraan anda dengan dana-dana yang diluluskan oleh KWSP.


Pendedahan Pelaburan Luar Negara
Melabur ke luar negara dengan dana domestik yang boleh melabur sehingga 30% daripada nilai aset bersih dana dalam pasaran-pasaran luar negara.


Pertumbuhan Nilai Modal
Peluang untuk menikmati pertumbuhan modal sebagai sebahagian daripada pulangan pelaburan untuk meningkatkan jumlah wang simpanan KWSP anda.  






  hiemash

No comments: